Jumaat, 28 November 2008

Penjadualan Waktu Sekolah

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Terima kasih diatas kesudian anda mengunjungi blog saya ini. Sekiranya ini adalah kunjungan kali kedua anda keblog saya ini, saya rasa kemungkinan besar anda adalah seorang guru, dan kemungkinan besar anda ditugaskan untuk menyediakan jadual waktu keseluruhan sekolah anda.

Program Penjadualan Waktu Sekolah ini adalah satu ‘workbook’ Microsoft Excel yang telah saya formulakan untuk dijadikan satu template yang dapat digunakan sebagai alat untuk menyusun jadual sekolah secara lebih mudah, teratur dan sistematik. Untuk menggunakan program ini, anda hanya memerlukan Microsoft Excel didalam komputer anda. Saya rasa tidak ada masaalah, kerana kebanyakan pengguna komputer termasuk guru-guru sekolah sekarang menggunakan Microsoft Excel & Word sebagai perisiannya.

Prinsip

Prinsip atau konsep yang digunakan ialah: Mudah, Ringkas & Tepat.

Spesifikasi

Dalam versi asasnya, program versi awal ini sesuai digunakan untuk penyediaan jadual waktu sekolah yang mempunyai spesifikasi berikut:
Jumlah Guru: 100
Jumlah Subjek: 20
Jumlah Hari Dalam Seminggu: 5
Jumlah Period Dalam Sehari: 10
Jumlah Sesi Persekolahan: 2
Jumlah Aliran/Tingkatan Persekolahan: 6
Jumlah Kelas Setiap Alran/Tingkatan: 10

Data diatas adalah jumlah maksima, jadi sekiranya sekolah anda memerlukan bilangan yang kurang dari jumlah diatas, tidak menjadi masalah. Untuk sekolah yang mempunyai spesifikasi yang lebih, sekolah tersebut boleh menghubungi saya untuk menambahnya mengikut kehendak mereka (secara percuma).

Ciri-Ciri

Program ini mempunyai ciri-ciri berikut:

- Mencetak data-data berikut:
Jadual Individu Guru
Jadual Kelas
Jadual Keseluruhan Harian
Jadual Keseluruhan Guru
Data Guru & Status
Data Kelas & Subjek

- Mudah untuk digunakan kerana ia berasaskan Microft Excel.
- Banyak menggunakan klik tetikus dan tidak banyak menaip. Menaip hanya diperlukan semasa mengisi data-data asas seperti subjek, guru dan kelas.
- Banyak bantuan (‘help’) secara visual yang akan keluar apabila anda memilih atau berpindah dari satu sel ke sel yang lain.
- Mengeluarkan amaran secara tetingkap dan audio apabila sesuatu keadaan tidak dibenarkan. Contohnya, apabila jumlah masa mengajar guru dalam seminggu telah melebihi hadnya.
- Pilihan mewarnakan jadual boleh dibuat dengan sekali klik sahaja. Ini sesuai jika anda akan mencetak dengan pencetak warna.
- Dapat memastikan tidak ada guru yang terlebih bebanan masa mengajar.
- Dapat mengelakkan keadaan bertindih masa untuk guru.
- Kerja dan setting untuk mencetak sangat mudah kerana ia menggunakan Microsoft Excel.
- Boleh membuat kerja secara beransur-ansur. Anda boleh berhenti dan menyambung semula pada bila-bila masa.
- Mempunyai grafik yang menarik dan tidak membosankan.
- Boleh membuat pesanan khas supaya program disesuaikan dengan keperluan dan ciri-ciri sekolah.

3 Langkah/Peringkat

Setelah anda membuka program ini dengan Microsoft Excel, anda hanya perlu melakukan langkah berikut untuk menghasilkan kesemua jadual guru-guru disekolah anda:

Langkah 1: Mengisi Data
Langkah 2: Mengatur Jadual
Langkah 3: Mencetak Jadual

Semudah itu sahaja.

Contoh-Contoh Grafik
(sila klik sekali pada imej untuk melihat saiz sebenar)
(Nama sekolah dan data-data didalam imej-imej berikut adalah dari sekolah yang telah menggunakan program ini)


































Maklumbalas Anda Diperlukan

Setelah anda menggunakan program ini anda boleh membantu dan bekerjasama dengan saya dengan memberikan maklumbalas berupa catatan/komen yang membina berkaitan pendapat atau pengalaman anda menggunakannya. Catitan dan komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki kekurangan dan menambah keupayaan dan ciri-ciri program ini agar ianya lebih senang digunakan dan memberi manafaat kepada pengguna-pengguna dimasa akan datang. Anda pengguna-pengguna lama juga akan saya ‘update’kan dengan versi-versi yang terbaru dari masa kesemasa.

Anda juga dialu-alu dan digalakkan untuk memperkenalkan program ini kepada individu yang lain supaya mereka juga akan mendapat manafaatnya.

DOWNLOAD PERCUMA

Sila layari web saya
www.ringgitbuilder.com/jws.php untuk membuat download secara percuma. Disini anda berpeluang untuk mencuba bagaimana program ini berfungsi dan diharapkan juga anda akan memberikan maklumbalas anda tentang kekurangan dan komen membina semasa dan setelah menggunakannya.

HARGA

Dipasaran sudah terdapat program penjadualan waktu seperti ini, berharga didalam anggaran RM300 – RM500. Ada juga yang berharga lebih dari itu. Malah ada juga yang percuma. Saya percaya setiap produk dan harganya ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Jadi terpulanglah kepada pengguna untuk menentu dan membuat pilihan. Munculnya produk saya ini pun tidak disengajakan, asalnya cuma untuk membantu isteri saya menyiapkan penjadualan waktu sekolahnya (sila baca posting pertama saya bertajuk 'Muqaddimah').

Untuk versi permulaan dan pengenalan ini saya ingin menawarkan dengan percuma. Kepada cikgu-cikgu yang selalu terpaksa tidur lewat kerana leka membuat jadual waktu sekolah dihujung tahun, maka program saya ini saya hadiahkan secara percuma agar cikgu-cikgu tidak akan tidur lewat lagi…


Harga: PERCUMA
Download percuma (full version) dari laman web saya berikut:

Sebarang cadangan atau pertanyaan sila hubungi melalui alamat email saya dibawah:
ahmadhjyunus@gmail.com
Anda juga dijemput untuk melayari blog-blog yang lain yang juga berkonsepkan memberi info sambil membantu. Lihat profil lengkap saya

Tiada ulasan: